01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN
yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah
TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima
nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat
orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa
dirinya hina dan rendah
diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH,
dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya
ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan
dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang
sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta
akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg
telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd
memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah
merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi
akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga
(jiran) yg jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau
mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang
cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah
bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang
mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - janganlah engkau
makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau
langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama
sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim
ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu
kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah
mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka
setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau
mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura
membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan
kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian,
maka berhati-hatilah.
17 - selalulah baik tutur kata
dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah
memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau
berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam
segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap
sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd
dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau
condong kpd urusan dunia dan
hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar
mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat
bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau
mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau
berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak
ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang
tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg
mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor
tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat
dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini
dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu
disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis
yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan
membinasakan dirimu.
No comments:
Post a Comment