utY4HIAC2cCohG5hg3jhQ3wkna4

PLUS 500

Plus500

AMAZON BOOK

Tuesday, 4 December 2012

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,ia boleh kenyang. 
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 
5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 
6. Jika musafir membacanya,akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 
9. Jika orang yang dahaga membacanya,hilang rasa hausnya. 
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar daripada penyakitnya. 
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

No comments:

Post a Comment

MORE BOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...