Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt
sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan kemudaratkan dirinya bahkan
keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.
w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
d! engan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada
menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air
hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat
Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang
membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang
sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan
pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Ku rsi akan mendapat
pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat
menyekatpencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga
akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca
dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Far! dhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang
yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan
barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia
hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga
Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca! ayat al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah
bin 'Amr r. a.,
Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
No comments:
Post a Comment