Tugas-tugas Rasul-rasul Allah adalah banyak, walau bagaimanapun
diantara tugas-tugas penting yang dilaksanakan oleh Rasul-rasul ada tujuh (7)
diantaranya seperti berikut :-
1. Berdakwah - sabagai utusan & menyaru manusia menyembah
Allah.
2. Tabliq - menyampaikan perentah-perentah Allah.>
3. Memberi pertunjuk dan memimpin manusia pada jalan yang lurus.
4. Memberi contoh dan tauladan yang baik.
5. Memberi peringatan asal usul kejadian manusia dan kejadian sebelum dan sesudah mati.
6. Memaling manusia memperbanyakkan keperluan Akhirat mengurangkan keperluan dunia.
7. Supaya manusia tidak berhujah dengan apa yang disampaikan oleh Rasul.
2. Tabliq - menyampaikan perentah-perentah Allah.>
3. Memberi pertunjuk dan memimpin manusia pada jalan yang lurus.
4. Memberi contoh dan tauladan yang baik.
5. Memberi peringatan asal usul kejadian manusia dan kejadian sebelum dan sesudah mati.
6. Memaling manusia memperbanyakkan keperluan Akhirat mengurangkan keperluan dunia.
7. Supaya manusia tidak berhujah dengan apa yang disampaikan oleh Rasul.
Dalil-dalil seperti yang dinyatakan didalam Al-Qur'an berhubung
dengan tugas-tugas Rasul-rasul adalah banyak, diantaranya ialah:-
1. BERDAKWAH - sabagai utusan menyaru manusia menyembah
Allah.
Firman Allah: dalam surah An-Nahl ayat 36.
Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam
kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):
"Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara
mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh
Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di
bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan
Rasul-rasulnya.
Firman Allah: dalam surah An-Nahl ayat 125.
Yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan
hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya
Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.
Firman Allah: dalam surah Yaasin ayat 17 & 18.
Yang bermaksud: "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan
perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata". Penduduk bandar itu
berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab
kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang
kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan
merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".Mereka
(Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka
turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka. Katakanlah: Aku tidak
meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Qur'an yang Aku
sampaikan) itu. Al-Quar'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk
alam seluruhnya.
2. TABLIQ - menyaru manusia beriman dan menyampaikan
perentah-perentah Allah.
Firman Allah: dalam surah Al-Ahzaab ayat 39.
Firman Allah yang bermaksud: (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah
orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar
perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada
Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh
makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).
Firman Allah: dalam surah Al-Maa'idah ayat 67.
Yang bermaksud: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan
menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan
perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
Firman Allah: dalam surah At-Taubah ayat 33.
Yang bermaksud: Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad)
dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan
dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik
tidak menyukainya.
Firman Allah: dalam surah Yaasin ayat 16 & 17.
Yang bermaksud: Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa
sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu, "Dan tugas
Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas
nyata".
Firman Allah: dalam surah Yaasin ayat 21.
Yang bermaksud: "Turutlah orang-orang yang tidak meminta
kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah
petunjuk".
3. Memberi pertunjuk dan memimpin manusia pada jalan yang lurus.
Sebahagian dalil, mari kita sama-sama merujuk kepada ayat
Al-Qur’an dalam surah Ibrahim, ayat 5, 6 & 7, juz ketiga belas.
Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa
(pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami
berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur
kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah.
"Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan
kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat
Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya
yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula
menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan
kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang
besar dari Tuhan kamu" . Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu
amatlah keras". Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada
kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah
keras.
Dalam ayat yang lain pula mari kita sama-sama merujuk kepada surah
Al-Ahzaab ayat 45 & 46.
Yang bermaksud: Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai
saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga
sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang
diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.
Dalam ayat yang lain pula mari kita sama-sama merujuk kepada surah
Hud, ayat 112, juz kedua belas.
Yang bermaksud: Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad)
sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran
mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum
Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
4. Memberi contoh dan tauladan yang baik.
Sebahagi dalil mari kita sama-sama merujuk kepada ayat Al-Qur'an dalam
surah Al-Ahzab, ayat 21 juz keduapuluh satu.
Yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Firman Allah: dalam surah Al-An'aam ayat 90.
Yang bermaksud: Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah
diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk
mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk
(Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan
bagi penduduk alam seluruhnya.
5. Memberi peringatan asal usul kejadian manusia sebelum dan sesudah
mati.
Allah berfirman dalam surah Faatir ayat 23 juz keduapuluh dua:
Yang bermaksud: Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi
ingatan dan amaran.
Dalail yang kita boleh rujuk berhubung dengan tugas Rasul yang
kelima ini, cuba kita lihat dalam surah Al-An'aam ayat 130 & 131.
Yang bermaksud: Wahai sekelian jin dan manusia!, bukankah telah
datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan
kepada kamu ayat-ayatKU (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada
kamu, tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini. Mereka menjawab: Kami
menjadi saksi mengakui akan kesalahan diri kami sendiri mendustakan Rasul-rasul
itu. Dan sebabnya ialah mereka telah diperdaya oleh kemewahan hidup di dunia
dan kerana itu mereka menjadi saksi pada hari akhirat terhadap diri mereka
sendiri: Bahawa sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari apa
yang telah di sampaikan oleh Rasul-rasul itu.
Firman Allah: dalam surah Al-An'aam ayat 131.
Yang bermaksud: Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah),
kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya
leka lalai.
Kita lihat lagi dalam ayat berikut surah Yaasin ayat 77, Allah
Taala berfirman:
Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui bahawa
Kami telah mencipta dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami
sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatanya maka dengan tidak semena-mena
menjadilah ia seorang pembantah, yang terang jelas bantahannya, mengenai kekuasaan
Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati (di hari kiamat).
6. Memaling manusia memperbanyakkan keperluan Akhirat &
mengurangkan peperluan dunia
Firman Allah dalam surah Al-'Ankabut ayat 64.
Yang bermaksud: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini
(meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan
akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya
negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka
mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Firman Allah dalam surah Al-Hadiid ayat 20.
Yang bermaksud: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia
itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan
hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup
yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman
yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi
hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi
orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia
ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Firman Allah dalam surah Hud ayat 15 & 16.
Yang bermaksud: Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata
berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama
oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha
mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat
kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka
lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
7. Supaya manusia tidak berhujah dengan apa yang disampaikan oleh
Rasul.
Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 165.
Yang bermaksud: Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya)
pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran
(kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi
manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat
kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 170.
Yamg bermaksud: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad, s.a.w) dengan membawa kebenaran dari
Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya
bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak
mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah
jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.
Firman Allah dalam surah Al-Jaathiyah, ayat 17, 18 & 19.
Yang bermaksud: Dan lagi Kami telah berikan mereka
keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka
tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada
mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang
sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam
kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari
kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan
engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama;
maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu
sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi
setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah
menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah
pemimpinnya).
Firman Allah dalam surah Al-Jaathiyah, ayat 23.
Yang bermaksud: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai
Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya,
dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur
ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan
lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh
itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
No comments:
Post a Comment