Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun
yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada
sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-
galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di
waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar
seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!”
.Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya
Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir
lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti
diolok- olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang
laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu
berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-
olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah." Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah
s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang
Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau
beriman kepadanya? "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun
saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya
belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"
Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan
ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab!
janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh
hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi
seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi
membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan
bagi yang mengingkarinya." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun
membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab
itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah
akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik
yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril
kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta
kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka
hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.
"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah
bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu.
'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!' Mendengar ucapan orang
Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa
benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi
Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
"Ya
Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah
engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari
bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan
kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi
temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila
mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan
keharuan dirinya.
" Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada
kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment