SIKAP suka mengumpat atau menceritakan
keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.
Mereka yang bersikap demikian, secara
disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa
besar.
Ketika berbual, sama ada secara
sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara
dan orang yang lalu di hadapan mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai
orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita,
periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum
yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu."
(Surah al- ujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang
diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang
paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah
diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah
mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan
mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam
perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan
kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang
lain.
Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia
boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2.Suka mendengar dan mengikuti
perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri
dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4..Disebabkan dengki, dia iri hati
dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan
pangkat;
5..Bergurau dan suka melawak untuk
mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
dan
6.Sikap suka mengejek dan mencela
disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana emandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali
menyarankan lima
perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
#Harus sedar dan insaf mengumpat dan
memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;
#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri
daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli
kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca
Tuhan yang menciptakan.
Nota: P/S:jom lar sama-sama kita buang
tabiat asyik nak MENGUMPAT je
ni!!!
SIKAP suka mengumpat atau menceritakan
keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap
demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang
hukumnya berdosa besar., Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak,
mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu
di hadapan
mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai
orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita,
periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang
tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu."
(Surah al-Hujurat, ayat 6) Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh
Al-Thabrani daripadaAbu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi
Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada
orang dan disukai orang. Dan yang paling
dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara
sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah." Imam al-Ghazali
ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan
yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika
kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan
2.Suka mendengar dan mengikuti
perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri
dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4..Disebabkan dengki, dia iri hati
dengan orang lain yang lebih
beruntung dan berjaya, seperti
dinaikkan gaji dan pangkat
5..Bergurau dan suka melawak untuk
mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
dan
6.Sikap suka mengejek dan mencela
disebabkan rasa bongkak dan sombongkerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali
menyarankan lima
perkara untukmenghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah; Harus sedar
dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar; Sedar
dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan Hendaklah berasa
malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan
fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
No comments:
Post a Comment