Sabda Rasulullah s. a. w.
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika
suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga
14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka,
punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....
"Jika dia bijak dan menang dalam
sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau
peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun
jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus
dilatih sembahya ng jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau,
anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat
letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan
menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak
mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak
kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik
mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya
yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka
kepada kita...
Lazim orang tua, pantang anak menegur!
walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua,
bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan
Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang
sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak- kanak kalau menegur memang ikhlas
dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah
insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal
sedangkan sewaktu hidupny a kita derhaka dan melawan mereka? Bila i! nsaf,
selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat
baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat
jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita
perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah,
jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari
ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BA PA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa
menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan
bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar
sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah
tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati
golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita
menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti
tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang
melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam
perasaan! terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah
dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,"
jelasnya. Ke wajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga
emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang
pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi
anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu
dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah
Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya
dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan
mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum
balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada
yang baru.! Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail
insaf disebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali
kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal
siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.
-aisyah_khairina
No comments:
Post a Comment