Pesan Rasulullah: 7 golongan akan dapat naungan di akhirat
RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang
dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada
sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah
kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang
yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah
untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi
rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut
kepada Allah!â€, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang
menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara
lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal
Allah.†(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari
akhirat kelak iaitu:
Pemerintah
yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah
dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah
mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua
rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar
sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di
akhirat.
Pemuda
yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup
seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda
seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah
pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
Orang
yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya
terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke
masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai
satu sedekah.
Dua
orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan
berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga
melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang
menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang
dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu
mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
Orang
yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia
menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!â€
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala
bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman
seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya
terjebak dalam perbuatan zina.
Orang
yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya
tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan
mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya
melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian
atau sanjungan dari orang ramai.
Orang
yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana
mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah
dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan
keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian
hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
No comments:
Post a Comment