utY4HIAC2cCohG5hg3jhQ3wkna4

PLUS 500

Plus500

AMAZON BOOK

Saturday, 15 December 2012

Pesanan Untuk Lelaki :



"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".


1) Wanita Ananah:  banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami.Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

3) Wanita Hananah:  menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah:  melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah:  ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah:  banyak cakap, tidak menentu lagi bising.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli


Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

MORE BOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...