1.Perempuan
itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang
kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak
dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing
dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu
sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini
mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya
tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol
(secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak
memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai
wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi
bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki
atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti
sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan
yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya
atau dengan kata lain mengumpat,memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu
bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia
seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan
daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan
mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
mesti member peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam
hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan
boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk
menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita
yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan
mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al- Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang
begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan
yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh
menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan
seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa?
Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan
di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada
wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang
mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana
sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan
bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu,
pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick
sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang- jarang seperti jarangnya jala
yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung
seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota,
tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa
sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam
sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian
juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda
untk memakainya dengan cara yang terbaik
No comments:
Post a Comment