utY4HIAC2cCohG5hg3jhQ3wkna4

PLUS 500

Plus500

AMAZON BOOK

Tuesday, 5 February 2013

TIPS UNTUK LELAKI TENTANG WANITA AKHIR ZAMAN



Jangankan lelaki biasa, nabi pun sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada didalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus?
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah swt
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa olehNYa
Didiklah mereka dengan panduan Ilahi.

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkanlah mereka kepada Allah swt zat yang kekal
Disitu punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati separuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Perasaannya selembut sutera…Hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya?  Mereka akan melihat dan keadilan Tuhan
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan mereka akan menjadi semakin bengkok
Itulah akibat wanita tidak kenal Tuhannya

Bila wanita menjadi derhaka,
pasti dunia lelaki akan menjadi huru–hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin, pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkanlah diri kepada Allah
Insya–Allah akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Azzahra
Andai dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamullah Wajhah 

No comments:

Post a Comment

MORE BOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...