Para Ulama’Rahimahullah telah menyebutkan dalam bab
kemurtadan,bahawa seorang muslim boleh dianggap murtad dengan berbagai macam
hal yg membatalkan islam,yg boleh menyebabkan halal darah dan hartanya dan
dianggap keluar dari islam.Yang paling berbahaya dan paling banyak terjadi
dalam sepuluh hal,disebut oleh Sheikh Mohamad Bin Abdul Wahhab dan para
ulama’lainya,dan kami sebutkan secara ringkas,dengan sedikit tambahan
penjelasan,untuk anda agar anda dan orang-orang selain anda berhati-hati dari
hal ini,dengan harapan dapat selamat dan terbebas darinya.
PERTAMA:
Diantara sepuluh hal yg membatalkan keislaman tersebut
adalah:mempersekutukan Allah( syirik) dalam ibadah.
Allah S.W.T berfirman:
(ان الله
لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء)
النساء:116
Ertinya:Sesungguhnya Allah tidak megampuni dosa syirik
kepada Nya,tetapi mengampuni dosa selain itu kepada orang-orang
dikehendakinya.(An-Nisa’:116)
(انه من يشرك بالله فقد حرم
الله عايه الجنه ومأواه النار وما للظالمين من أنصار) المائده:72
Ertinya:Sesunguhnya orang yang mempersekutukan Allah,nescaya
Allah akan mengharamkan syurga baginya,dan tempat tinggalnya kelak adalah
neraka,dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang
zalim.(Al-Maidah:72)
Dan diantara perbuatan syirik tersebut adalah meminta doa
dan pertolongan orang-orang yang telah mati,bernazar dan menyembelih kurban
untuk mereka.
KEDUA:
Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dengan
Allah,meminta doa dan syafaat serta berserah diri(bertawakal)kepada perantaraan
tersebut.Yang melakukan hal tersebut menurut kesepakatan (ijma’)ulama’ adalah
kafir.
KETIGA:
Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik,atau ragu-ragu atas
kekafiran mereka atau membenarkan fahaman mereka.Orang ini adalah kafir.
KEEMPAT:
Berkeyakinan,bahawa tuntunan selain tuntutan Nabi Muhammad
S.A.W lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukum selain dari beliau lebih
baik seperti mereka yang mengutamakan aturan-aturan kaum Thaghut(aturan-aturan
manusia yang melampaui batas serta menyimpang dari hukum Allah)dan mengesampingkan
hukun Rasulullah S.A.W maka yang berkeyakinan demikian adalah kafir.
KELIMA:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W
meskipun ia sendiri mengamalkannya.Orang yang demikian adalah kafir.Allah S.W.T
telah berfirman:
(ذلك بأنهم كرهوا ما أنزل الله فأحبط
أعمالهم) محمد:9
Ertinya:Demikian itu adalah dikeranakan mereka benci
terhadap apa yang diturunkan oleh Allah,maka Allah menghapuskan (pahala)segala
amal perbuatan mereka.
KEENAM:
Memperolok-olok sesuatu ajaran Rasulullah S.A.W ataupun
memperolok-olok balasan baik maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama
islam,maka ia menjadi kafir,kerana Allah S.W.T telah berfirman:
(قل أبالله واياته ورسوله كنتم تستهزئون لاتعتذروا
قد كفرتم بعد ايمانكم)التوبه:65-66
Ertinya:Katakanlah(Wahai Muhammad) terhadap Allah kah dan
ayat-ayat Nya serta Rasul Nya kalian memperolok-olok?Tiada erti kalian meminta
maaf,kerana kamu kafir setelah beriman.(At-Taubah:65-66)
KETUJUH:
Sihir,diantaranya adalah ilmu guna-guna yang merubah
kecintaan suami terhadap isterinya menjadi kebencian atau yang menjadikan
seorang mencintai orang lain atau sesuatu yang dibencinya dengan carc-cara
syaitan.Orang yang melakukan hal itu adalah kafir,kerana Allah S.W.T telah
berfirman:
(وما يعلمان من أحد حتى يقولا انما نحن فتنة
فلا تكفر)البقره:102
Ertinya:Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan(suatu
sihir)kepada seorang pun sebelum mengatakan,sesungguhnya kami hanya cubaan
bagimu,sebab itu jangan kamu kafir.(Ai-Baqarah:102)
KELAPAN:
Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi
kaum muslimin,Allah S.W.T berfirman:
(ومن يتولهم منكم فانه منهم ان الله لا يهدى
القوم الظالمين)المائده:51
Ertinya:Dan barang siapa diantara kamu mengambil
mereka(Yahudi dan Nasrani)menjadi pemimpin,maka sesungguhnya orang tersebut
termasuk golongan mereka.sesungguhnya Allah tidak member petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.(Al-Maidah:51)
KESEMBILAN:
Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak
mengikuti syariat Nabi Muhammad S.A.W,maka yang berkeyakinan seperti itu adalah
kafir.Allah S.W.T berfirman:
(ومن يتبغ غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو
فى الاخرة من الخاسرين)ال عمران:85
Ertinya:Barang siapa mengkehendaki suatu agama selain
islam,maka tak akan diterima agama itu daripadanya dan ia di akhirat tergolong
dalam orang-orang yang rugi.(Ali-Imran:85)
KESEPULUH:
Berpaling dari agama Allah dengan tanpa mempelajari dan
tanpa melaksanakan ajarannya,Allah S.W.T berfirman:
(ومن أظلم ممن ذكربايات ربه
ثم أعرض عنها انا من النجرمين منتقمون)السجده:22
Ertinya:Tiada orang yang lebih zalim daripada orang yang
telah mandapatkan peringatan ayat-ayat Allah,kemudian ia berpaling
daripadanya.Sesungguhnya kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang
yang berdosa.(As-Sajadah:22)
No comments:
Post a Comment